Powered By Blogger

Monday, January 24, 2011

SAHABAT & CINTA

Perhubungansahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggapseseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kitakesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini,maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyikberbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpaayat-ayat cinta seperti “Aku akan tetap bersama mu selamanya… dalamsusah atau pun senang.” Ini janji sehidup semati dalam percintaan.Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun bolehberpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubunganpersahabatan.

Sifatcinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorangwanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kitamahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengansebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
“Jika si diaberasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan,dan kemudian engkau berkata kepadanya, “Jangan minum air itu”, maka diatidak akan minum air itu”.
Inilah yang dinamakan cinta. Daninilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaanyang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya,berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.
Ikatanpersahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasiberubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah danisu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain,kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri..selfish.Olehitu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terusmenganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

No comments: