Powered By Blogger

Monday, January 24, 2011

SURAT kepada kekasih anda selepas PUTUS CINTA....ehhehe

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahayadibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersamamolekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora danshahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasutdan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan akuumpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planetZiku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakanseluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpursedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getahsecara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagailangkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telahterjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagiberfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutanhingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelitabagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit danstlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyatasikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bilaterserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betikuntuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren padatiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Akucuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasahempat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapasetelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintakusehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikanterhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atasbelakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlaluberat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekoranak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan akuterjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara BerkembarPetronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilispula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu beratdugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanyainsan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman sepertiyang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangankemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasitelah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah punluput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiahpemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untukdibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah iniaku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi adakompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitarArgentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetapmenunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedaribahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambilkeputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahkuberbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnyakepadamu. Nak tak?

No comments: