Powered By Blogger

Saturday, February 12, 2011

Cerita suatu masa dahulu...Ku mencintaimu

Pada Januari 1992 bermulanya sebuah cerita yang dimulakan dengan keganasan diteruskan dengan keindahan dan diakhiri dengan kesedihan.

jam 3.00 petang  di hentian bas Komtar (manggis nama gelaran suatu masa dahulu) sewatu menunggu bas untuk pulang kerumah berlaku pergaduhan antar aku dan pelajar-pelajar English College disebabkan sikap panas baran remaja. Aku bertumbuk secara membuta tuli sehingga tertumbuk seorang gadis bertudung labuh lain yang sedang lalu disitu menyebabkan beliau berlari ketakutan dan kesakitan. Aku tidak sempat memohon maaf dan rasa bersalah menghantui,namun, wajahnya yang amat bersih melekat di ingatanku.

Seminggu berlalu , aku tetap tercari² wajah yang sama untuk kembali ketempat yang sama dan akhirnya muncul jua wajah tersebut. Aku menegur gadis tersebut ,Aku sangkakan beliau tidak mengingati wajah ku, namun pabila terlihat wajah ku, gadisa tersebut ketakutan dan memohon maaf bertalu-talu mengatakan beliau tidak sengaja.

Aku terpaku.Kesalahanku tetapi orang lain memohon maaf dahulu. Remaja bertudung berwajah ayu tersebut melarikan diri menaiki bas. Hilang dibawa pergi. Aku termangu². hari demi hari aku cuba mencari semula. Sehingga 3 bulan kemudian aku terserempak dengan gadis tersebut di hentian bas taman perumahan ku. ketika itu Hujan sangat lebat. Bila terpandang diriku yang memandangnya , gadis tersebut melarikan diri didalam hujan tanpa memperdulikan apa pon termauk air yang menitik ke bumi.

Aku cuba ingin mengejarnya tetapi seorang sahabtku muncul meniki motorsikalnya dan bertanya adakah aku ingin menumpangnya.Aku terpandang didalam beg nya ada payung. Aku terus mengambil payung tersebut dan mengatakan aku ada urusan perlu diselesaikan.Rakan ku pulang sendirian manakala aku cuba mengejar gadis tersebut. Aku berjaya menghampiri gadis ayu itu.

Dan aku menerpa menahannya tanpa kerelaan hatinya. lalu berkata " Saya minta maaf, boleh tak awak benti sekejap , saya ada payung" mulutku yang selalunya sering membisu menjadi petah berkata-kata. lalu gadis tersebut menjawab" maaf saudara, saya tak kenal saudara dan haram lelaki wanita jalan seiring kalau bukan muhrim". begitu jujur jawapannya dan tidak sedikitpon menyakitkan hatiku walaupon aku sebenarnya seorang panas baran. lalu tanpa berkata apa-apa, aku mencapai tangannya lalu memberikan payung tersebut. Aku terus berlari pulang kerumah yang jauhnya 2 KM dari tempat itu.

Selama 3 hari aku demam disebabkan bermandikan hujan.

Pada Minggu hadapannya aku menjalani hidup seperti biasa.

Tidak ku sangka gadis tersebut menungguku setiap hari selama seminggu. gadis itu berkata secara tiba-tiba" Saya roszalina, panggil ros atau ina" sponta ku menjawab nama ku ******* . boleh panggil ku AM ..

Ina bertanya kemana saya menghilang selama seminggu, Dia ingin memulangkan payung tersebut. belum sempat ku menjawab , rakanku empunya payung tersebut telah muncul sambil bersuara " wooitt..mana payung mak aku. Dahla bagi payung.buat reta ke..dah pakai payung pon demam lagi sambil gelak ketawa". Aku terpaku dan terasa malu.perasaan malu yang sudah sekian lama hilang pada diriku.

Ina memulangkan payung tersebut dan rakanku pula terkedu. Sambil senyum sinis dia berkata"patutla demam,ada bunga " dan terus berlalu menaiki motorsikalnya.

Aku membisu terlalu malu. ina bersuara memecahkan keheningan. "terima kasih dan minta maaf awak.Sebab saya awak kene marah dan demam" Ayat itulah permulaan persabahtan dan kasih sayang semakin bersemi selama setahun lamanya sehingga la selepas SPM ..hari terakhir peperiksaan kami berpakat berjumpa untuk menyambut selesai zaman persekolahan. Selepas berjumpa kami pulang berjalan kaki bersama. Tiba-tiba ina pengsan ketika hampir tiba dirumahnya.

Aku panik.Dan terus memapahnya kerumahnya. Bila sampai dirumahnya aku terus memasuki rumahnya dan meletakkan di ruang tamu. Tidak lama setelah tiu aku secara tiba-tiba diberi tamparan yang cukup keras dari ayanh saudaranya. " Kurang ajar , peluk anak dara orang.Ko ni islam ke kapir" itu ayat pertama hinggap di telingaku selepas tamparan.

Ibu ina membelaku"Ni kawan baik ina bang". Aku yang tiba-tiba menjadi baran terpaksa menyejukkan hati bila terdengar perkataan "Abang oleh ibunya". lalu aku berkata. Ina pengsan dalam perjalanan tadi.Saya panik tak tau nak buat apa.Saya terus hantar kerumah" lalu ibunya berkata. Ina memang sakit. Dia menghidapi leukimia... Ayat tersebut secara tidak ku sedar telah membuat mata ku berkaca dan aku rasa lemah longlai. Selama ini ina tidak pernah memberitahuku, Dia mengubahku dari seorang yang panas baran kepada baik hati.Dari seorang kejam kepada pemurah.Dari Pendiam kepada riang ria. Dia la penguat semangatku.Dialah kekuatan ku dan turbing point hidupku. tetapi sekarang aku mendapat berita begitu.

Aku pulang kerumah.

malam nya aku cuba hubungi ina. Ibunya mengatakan ayah saudaranya telah membawa ina dan kemungkinan dalam 2 bulan lagi ina akan ke australia untuk pembedahan.

Aku terputus hubungan hampir 8 bulan lamanya..aku telah melanjutkan pelajaran selepas mendapat keputusan yang sangat baik untuk SPM ku... masuk bulan ke 3 pengajianku..aku mendapat 1 bungkusan yang dihantar kerumah ku... berpuluh surat .. berpuluh kad dan berpuluh coretan yang mengisi bungkusan tersebut.

Dan ada 1 coretan

" Awak saya minta maaf , saya mgkin tidak dapat bersama awak untuk mendaki menara gading,tapi saya tetap bersama awak selama-lamanya" dan " Saya sering mengatakan saya sayang awak,tapi awak tak pernah kata awak sayagn saya.tapi saya tau awak sayang saya kan? Saya sayagn awak sepenuh hati dan hingga keakhir hayat"

coretan tersebut berjaya membuatkan aku yang keras hati mengelarkan air mata kekesalan. Aku sangat menyayanginya tetapi tidak pernah sekali aku memberitahunya aku sangat sayangkan dia... hinggala aku tertidur dalam tangisan

" Awak, saya sayang awak sagt..syang sangat...terlalu sayang..."

ayat itu menjadi mimpiku dan igauan ku.. sehingga hari ini aku masih menyayanginya. dan pada esok harinya aku cuba mencari cara menghubunginya dan aku terserempak dgn ina. AKu rasa sangat bahagia. Aku menegur ina. Eh awak saya rindu sangat kat awak.mana awak menghilang, tetapi aku mendapat jawapan yang sangat mengguris perasaan ku. Eh ni abang AM ke?? saya adik kembar ina. Dan beliau menangis sambil berkata

" Akak dah takde hampir 3 bulan, Adik cuba cari abg tapi tak dpt dan adik jumpa alamat abag. Adik hanya mampu pos je bungkusan pesan dari akak ina"

AKu rasa duniaku gelap. Aku tak mampu untuk berdiri..

............................................

-insan

No comments: